Wednesday, 16 October 2013

Perbezaan antara PSP 3000/3001/3002... (Code Region)

Apakah perbezaan antara PSP 3000 dan PSP 3001?/PSP3004 dan PSP 3006?/PSP 2000 dan PSP 2001? dan lain-lain. Semenjak menceburi dunia Playstation Portable, pelbagai persoalan yang telah saya dengari tidak kiralah yang kecil mahupun masalah yang besar. Namun persoalan inilah yang kerap kali diungkap oleh pengguna-pengguna PSP terutamanya pengguna-pengguna yang masih baru dengan dunia ini. Pada post kali ini, Fixmyproblems telah merungkaikan maklumat mengenai perbezaan di antara model-model PSP ini.

Untuk pengetahuan anda sekalian, Sony telah memasang dan mengeluarkan produk-produk mereka (PSP) di negara yang berbeza-beza. Maka hardware (motherboard) yang dipasang mempunyai region code berbeza bergantung di mana PSP ini dipasang.

  • Tujuan utama Sony menggunakan region code yang berbeza hanyalah untuk 'mengunci' penggunaan PSP UMD Movies. Maksudnya, jika anda ingin menonton movie yang terdapat di dalam UMD Disk, anda perlu menggunakan UMD Disk yang dikeluarkan oleh negara yang sama dengan negara yang telah mengeluarkan PSP anda.
  • Selain itu, region code juga mempengaruhi network update location. Jika anda update firmware PSP menggunakan fungsi Network Update yang terdapat pada PSP anda, fungsi tersebut akan mendapatkan file update yang telah dikeluarkan oleh negara yang mengeluarkan PSP anda.
  • Perkara yang terakhir yang mempunyai hubungkait dengan region code PSP adalah penggunaan atau fungsi button [CIRCLE] atau [CROSS]. Jika PSP yang dikeluarkan daripada negara Jepun, PSP ini menggunakan button [CIRCLE] sebagai fungsi enter. Sebaliknya, bagi PSP yang dikeluarkan oleh negara lain, PSP tersebut menggunakan button [CROSS] sebagai fungsi enter.
Makluman tambahan
  • Anda boleh mengubah fungsi button [CIRCLE] dan [CROSS] pada recovery mode PSP anda.

Memahami dan mendalami mengenai PSP


Memahami dan mendalami mengenai PSP
PlayStation Portable (PSP) merupakan keluarga produk Playstation, yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment. Konsol permainan video tangan ini adalah sebahagian daripada generasi ketujuh sama seperti Nintendo Dual Screen (NDS), Wii, PS3 dan sebagainya. Menurut IGN, 60 juta buah sudah terjual di seluruh dunia menjelang 14 Mac 2010.

Kelebihan yang terdapat dalam PSP ialah saudara boleh melayari internet, mendengar lagu, menonton video dan berhubung menerusi Skype. Malahan pemasangan perkakas tambahan seperti kamera.

Media yang menyokong PSP ialah Universal Media Disk (UMD), secara digital (fail berformat .cso dan .iso) dan cakera Blu-Ray (menerusi Remote Play).

Kapasiti storan pula memerlukan Memory Stick Pro Duo atau Duo (M2) sama ada 2, 4, 8 atau 16 GB. Selain itu, PSP menawarkan fungsi capaian Wi-Fi (802.11b) dan sambungan USB.

  

PSP 1000

PSP 1000PSP 1000 dikenali juga sebagai PSP Phat. Hal ini kerana saiznya yang tembam. Model ini mula diperkenalkan di Jepun pada Disember 2004. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-079, TA-081, TA-082 dan TA-086.

Model ini boleh dimodifikasi peralatan tegar untuk memainkan permainan video yang dimuat turun (fail .cso dan .iso) tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, model ini cuma memiliki RAM 32MB sahaja. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1800mAh kepada 2200mAh.
 
 
PSP 2000

PSP 2000

Edisi yang kedua, Sony telah melancarkan edisi ramping, PSP Slim pada  September 2007. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1, TA-088.v2 dan TA-088.v3.

Naik taraf daripada model sebelumnya ialah RAM 64MB, skrin anti silau. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1200mAh kepada 2200mAh.

Walau bagaimanapun, hanya papan induk TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1 dan TA-088.v2 sahaja yang boleh dimodifikasi peralatan tegar. Setakat ini, papan induk TA-088.v3 tidak boleh dimodifikasi.


PSP 3000

PSP 3000

Nama lain untuk model ini ialah PSP Brite. Ianya muncul di pasaran pada Oktober 2008. Spesifikasinya hampir sama seperti PSP 2000, cuma butang ‘Hom’ berubah menjadi logo PS.

Peningkatan daripada model yang sebelumnya ialah terdapat mikrofon binaan dalaman, skrin lebih tajam dan jelas. Walau bagaimanapun, bekasnya diragui ketahanannya kerana dikatakan mudah pecah.
 

PSP go

PSP go

Setahun kemudian, PSP go muncul dengan reka bentuknya yang boleh menggelongsor. Ianya menggunakan papan induk TA-091 dan TA-094. 

Model N1000 ini mempunyai cakera keras berkapasiti 16GB. Oleh yang demikian, permainan yang ingin dimiliki boleh dibeli dan dimuat turun menerusi Store PlayStation.

PSP go tidak lagi menggunakan UMD kerana melibatkan kos yang mahal selain kurang sambutan dalam kalangan peminat. Apatah lagi UMD boleh disalin dalam bentuk digital berformatkan CSO dan ISO. Pastinya strategi sebegini Sony dapat membendung gejala menyalin permainan video kepada edisi ‘lanun’.

Kapasiti storan tambahan boleh dibuat dengan membeli M2. Terdapat juga fungsi Bluetooth.

Sunday, 13 October 2013

Sedang merancang untuk bercuti ke Bangkok On Da Road

Baru wat kajian pasal nak bawak kereta lepas ke sempadan Thailand..

Tak la berape susah cume renyah..

Kenape On Da Road, sebab aku ske driving..
Kalo naik flight xrase macam bercuti..
Lain la kalo nak bercuti pegi Jepun, mustahil nak bawak kereta..

Terfikir lak nak buat pegi Umrah On Da Road..
Hehehe..!!!

Tuesday, 8 October 2013

Menilai Generasi X, Y dan Z


Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (kelahiran selepas Gen Z)Generasi A 
1.  Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) - 13th Generation / GEN X
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) - GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Generasi Y memerlukan aspirasi untuk kerjaya.
Kerja di pejabat kini bukan suatu yang mesti untuk Generasi Y lantaran sikap mereka yang memerlukan kemahiran kolaborasi dan cabaran untuk berjaya.
Mereka mudah tertekan sekiranya cabaran yang diberikan terlalu besar di mana kemahiran mereka tidak sampai ke tahap itu. Mereka juga mungkin bosan sekiranya kerja yang diberi tidak mencabar kebolehan mereka
Justeru, sebagai pengurus dan majikan yang mengendalikan mungkin seorang atau mungkin lebih Generasi Y di pejabat, anda memerlukan kebijaksanaan dalam memastikan output optimum diperoleh daripada setiap seorang pekerja.
Beliau berkata, oleh kerana Generasi Y memerlukan sebab untuk mencapai kepuasan kerjayanya, punch card atau tindakan disiplin bukan lagi cara mendisiplinkan generasi ini.
Mereka gembira apabila hasil kerja di terima dan dihargai oleh majikan dan syarikat. Seperti kata Mother Teresa, terlalu ramai orang di dunia ini yang laparkan penghargaan berbanding makanan.

***************
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial 2012” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). 

Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Ada lagi kelompok sebelum pada kelompok Pre-Baby Boom tetapi tiada data untuk tahun kelahiran digunakan untuk mengenalpasti mereka dalam generasi ini.
Perbezaan kelompok ini memberikan karakter yang berbeza dari segi tingkah laku dan cara berfikir yang melambangkan majoriti kelompok tersebut.
Bagaimana pun, sempadan umur pada tiap-tiap kelompok generasi tidaklah begitu tepat.

Anda, kelompok yang mana?

Selesai Buat Editing

Untuk newcomer cam aku ni, lambat sikit la nak design..
Baru edit satu perkara, kene view dulu nak tengok ape hasilnye..
Edit lagi, view balik.. Ambil mase..
Hasilnye tidak la cantik sangat, tapi cukup buat mase sekarang..
Agaknye semua orang camni gak dulunye kot..

Writing skill masih lagi kacau bilau.. harap-harap orang paham bile baca..
Tengah belek-belek blog org lain untuk kajian sendiri..

Monday, 7 October 2013

Aku

Salam perkenalan..

Blog pertama yg aku cipta..

Segale yg aku rase nak taip, aku akan humban kan disini..
Akan difokuskan pade fakta-fakta menarik, mungkin sedikit pasal politik, lawak jenaka, funny picture, event menarik, dan post2 dr blog lain yg menarik minat aku..
Suke hati aku la nak letak ape kan, tp aku nak yg menarik minat pembaca..

Writing skill aku lemah lg.. akan di improve kan dari masa ke semasa..
Umur da lanjut baru nak tergedik-gedik menulis.. lame sangat tinggal sekolah..

Teguran membina digalakkan disini, cume jgn la lahar melampau..
Tak tahan beb..

See yo'll again later..