Wednesday, 16 October 2013

Memahami dan mendalami mengenai PSP


Memahami dan mendalami mengenai PSP
PlayStation Portable (PSP) merupakan keluarga produk Playstation, yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment. Konsol permainan video tangan ini adalah sebahagian daripada generasi ketujuh sama seperti Nintendo Dual Screen (NDS), Wii, PS3 dan sebagainya. Menurut IGN, 60 juta buah sudah terjual di seluruh dunia menjelang 14 Mac 2010.

Kelebihan yang terdapat dalam PSP ialah saudara boleh melayari internet, mendengar lagu, menonton video dan berhubung menerusi Skype. Malahan pemasangan perkakas tambahan seperti kamera.

Media yang menyokong PSP ialah Universal Media Disk (UMD), secara digital (fail berformat .cso dan .iso) dan cakera Blu-Ray (menerusi Remote Play).

Kapasiti storan pula memerlukan Memory Stick Pro Duo atau Duo (M2) sama ada 2, 4, 8 atau 16 GB. Selain itu, PSP menawarkan fungsi capaian Wi-Fi (802.11b) dan sambungan USB.

  

PSP 1000

PSP 1000PSP 1000 dikenali juga sebagai PSP Phat. Hal ini kerana saiznya yang tembam. Model ini mula diperkenalkan di Jepun pada Disember 2004. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-079, TA-081, TA-082 dan TA-086.

Model ini boleh dimodifikasi peralatan tegar untuk memainkan permainan video yang dimuat turun (fail .cso dan .iso) tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, model ini cuma memiliki RAM 32MB sahaja. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1800mAh kepada 2200mAh.
 
 
PSP 2000

PSP 2000

Edisi yang kedua, Sony telah melancarkan edisi ramping, PSP Slim pada  September 2007. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1, TA-088.v2 dan TA-088.v3.

Naik taraf daripada model sebelumnya ialah RAM 64MB, skrin anti silau. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1200mAh kepada 2200mAh.

Walau bagaimanapun, hanya papan induk TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1 dan TA-088.v2 sahaja yang boleh dimodifikasi peralatan tegar. Setakat ini, papan induk TA-088.v3 tidak boleh dimodifikasi.


PSP 3000

PSP 3000

Nama lain untuk model ini ialah PSP Brite. Ianya muncul di pasaran pada Oktober 2008. Spesifikasinya hampir sama seperti PSP 2000, cuma butang ‘Hom’ berubah menjadi logo PS.

Peningkatan daripada model yang sebelumnya ialah terdapat mikrofon binaan dalaman, skrin lebih tajam dan jelas. Walau bagaimanapun, bekasnya diragui ketahanannya kerana dikatakan mudah pecah.
 

PSP go

PSP go

Setahun kemudian, PSP go muncul dengan reka bentuknya yang boleh menggelongsor. Ianya menggunakan papan induk TA-091 dan TA-094. 

Model N1000 ini mempunyai cakera keras berkapasiti 16GB. Oleh yang demikian, permainan yang ingin dimiliki boleh dibeli dan dimuat turun menerusi Store PlayStation.

PSP go tidak lagi menggunakan UMD kerana melibatkan kos yang mahal selain kurang sambutan dalam kalangan peminat. Apatah lagi UMD boleh disalin dalam bentuk digital berformatkan CSO dan ISO. Pastinya strategi sebegini Sony dapat membendung gejala menyalin permainan video kepada edisi ‘lanun’.

Kapasiti storan tambahan boleh dibuat dengan membeli M2. Terdapat juga fungsi Bluetooth.

No comments:

Post a Comment